Monday, August 25, 2008

Pengenalan Sistem Pawah


Pawah adalah tradisi Melayu lama, dimana tuan punya ternakan akan memilih seorang gembala untuk menternak dan membiakkan ternakan mereka. Ianya merangkumi pelbagai syarat yang berbeza bergantung kepada tempat, keadaan dan faktor setempat. Secara amnya, dalam sistem pawahan kambing, anak kambing tuan punya akan dibahagi sama rata diantara tuan punya dan gembala.




Penternakan kambing mampu memberi pulangan yang lumayan kerana kambing membiak dengan cepat, iaitu pada kadar dua ekor setiap lapan atau sembilan bulan.

Pawah adalah versi moden dan bersesuaian dengan teknologi masa kini. Anda boleh memelihara kambing secara online dan mendapat pulangan lumayan.

Melalui sistem pawah, kami menggunakan teknologi masa kini bagi menjalankan operasi. Ianya akan merangkumi online database, online registration, online banking dan sebagainya. Secara nyata, anda tidak perlu berada dikandang kambing bagi memelihara kambing secara pawah online. Kami juga ingin meletakkan camera di ladang ternak kami, dimana tuan boleh melihat sendiri video ternakan tuan. Akan tetapi di kawasan tersebut buat masa ini belum mempunyai akses broadband.




Walaupun pawah online dikendalikan melalui ladang ternak di Jempol, iaitu dalam Daerah Bahau, Negeri Sembilan, tetapi anda tidak perlu kesana. Kami akan menyediakan lapuran lengkap bagi setiap kambing anda melalui website. Maklumat yang disediakan termasuklah berat badan, ketinggian, status mengandung/menyusu/mengawan dan juga lokasi petak.




Pawah online menjadikan anda tuan punya kambing dan kami akan menjadi gembala. Kami akan mengaturkan untuk pembelian, pengangkutan, pendaftaran dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, kandang, perkhidmatan perubatan, cucian kandang, garam galian, makanan dan air minuman yang bersih dan segala aspek penggendalian dan pemeliharaan kambing. Tuan punya kambing tidak perlu menyentuh kambing tersebut. Kami akan menyediakan laporan lengkap pada tiap-tiap bulan melalui website/email.


No comments: